MyMoheS
e-Anjung Universiti AwamApa itu MyMoheS?
Sistem Pengumpulan Data KPT atau dikenali dengan MyMoheS telah dibangunkan pada tahun 2006 dan telah digunakan sepenuhnya oleh semua Universiti Awam. Pekeliling pertama telah dikeluarkan pada tahun 2009 untuk edaran kepada pengurusan tertinggi KPT serta kepada semua Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam. Bermula pada tahun 2012, Sistem MyMoheS telah dikembangkan kepada semua Politeknik dan Kolej Komuniti agar KPT mempunyai satu pangkalan data berkaitan maklumat pengajian tinggi yang komprehensif.
Penggunaan Sistem MyMoheS telah dapat memantapkan proses penyaluran data / maklumat semua Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti kepada KPT dan dalam masa yang sama juga dapat meningkatkan kualiti data Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti secara berterusan. Sistem ini juga bertujuan untuk memudahkan penyaluran dan perkongsian data atau maklumat antara KPT dan pelbagai agensi kerajaan yang lain. Dengan ini juga data atau maklumat Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti dapat diakses dan dianalisis apabila diperlukan bagi menyokong KPT membuat keputusan dengan lebih tepat dan cepat.